Assalamualaikum semua
sorry kepada pembaca2 setia blog aku kerana dah lama tak update blog ni.. memang sibuk sikit sekarang ni sebab projek dah makin banyak.. hehehe
Alhamdulillah, hampir 3 bulan lebih aku bermastautin kat pasir gudang ni.. sebuah tempat yang amat cantik di hiasi dengan awek2 yang cun,, hahaha kebanyakan orang kat sini, macam aku, asal tempat lain tapi mencari rezeki kat sini. dulu masa2 awal memang boring kat sini, rasa cam satu penjara yang besar tak tau nak buat apa. lama2 bila dah tau rentak, barula terasa hidup ini sungguh indah bila tau dimanfaatkan sebaiknya.. jogging kat bukit layang2, makan kat tepi selat tebrau kat senibong, borong dvd kat pandan, santai kat danga bay, dan macam2 lagi… orang2 kat sini, ramai yang baik2 lebih2 lagi jiran2.. yelah kalau kita buat baik kat orang insya Allah, orang balas kebaikan juga. tambahan pulak, aku ada bukak kelas tuition kat umah aku. setiap malam weekdays, khas untuk anak2 jiran aku yang aku tengok comel2 belaka cam aku masa kecik..haha .. di samping buat side income, terlunas jugak tanggung jawab aku nak berbakti kembali kepada anak bangsa,, yelah kalau nak fikir duit, takdelah sekenchang kalau buat tuition kat kl.tapi aku enjoy bila malam2 budak2 tu datang rumah, belajar sambil buat nakal diaorang. budak2 kalau tak main memang bukan budak2, tapi masih dengar cakap dan belajar betul2. terasa hilang penat keje satu hari kena panjat2 module, jalan2, tak kira lagi kalau kena check kat area bawah module, siap kena merangkak2. habis dah seluar jeans aku koyak kat lutut. jadi rockers la pulak.. hahaha setakat ni, kerja pun alhamdulillah. tak pressure sangat pun sebab mentor pun ok. kalau nak dikira aku memang beruntung sebab sekarang ni, kerja aku ialah belajar mcam mana engineer aku buat kerja dan perhati macam subcon buat keja. dibayar gaji untuk belajar,, satu anugerah yang takkan aku sia2kan. macam pernah aku kata dulu, kerja kat oil n gas industry ni, gaji diaorang memang tak munasabah. jangan terkejut kalau setakat welder je gaji bole cecah 5-6k sebulan. kalau setakat supervisor tu setakat 8k adalah normal. engineer? pikir sendirila.. tapi tu semua untuk experience worker la. untuk aku yang baru nak merangkak ni, takdela sekenchang tu,, telan air liur je sekarang ni bila dengar diaorang sembang pasal gaji diaorang semua.. insya Allah, rezeki Allah untuk hambaNya yang berusaha…so kalau adala sape sedara korang yang tak minat belajar tu, janganla paksa diaorang belajo, amik course2 yang mengarut, keluar duit ribu2 tapi nanti takde keje. baik suruh masuk poli ke pusat latihan teknikal ke, amik kursus2 kemahiran macam welding ke lebih terjamin masa depan. sebenarnya inilah kelemahan orang kita, tak nampak2 benda mcam ni. kalau nampak anak tak boleh nak pergi dalam pelajaran masih nak paksa budak tu sambung belajo course2 yang berlambak dah orang amik dan menganggur,, sebenarnya merosakkan masa depan budak2 tu.. masuk u tak menjamin masa depan sekarang ni, kecuali kalau course yang memang job market carik. contoh mcam dalam oil n gas la. kalau dulu, orang asing yang conquer oil n gas kat malaysia ni, satu benda yang aku salute kerajaan buat, dia dah nampak future dalam industri ni, so perlahan dia hantar orang kita masuk industri ni. sekarang walaupun masih lagi orang asing banyak lebih2 lagi orang philipino, tapi dah ramai orang2 kita kerja kat luar, bermakna bukan saje kita dah take over industri dalam negara kita, malah kita dah mampu export orang kita kerja kat luar. satu nasihat aku kepada yang masih mencari karier, kalau nak masuk kerja yang terjamin bonus setiap tahun (paling kurang 3 bulan,standard 5 bulan)join la oil n gas company,,industri yang gaji paling tak munasabah banyaknye =)
berbalik kepada pasir gudang, banyak benda yang aku suka kat sini kecuali satu. attitude orang sini kat jalan raya. selama ni aku beranggapan, driver paling kurang ajar, semua dok kat kl je, lebih2 lagi kat area bukit bintang tu,, tapi anggapan aku meleset bila aku tengok cara orang sini kat jalan raya.. aku memang tak berani nak bawak motor jauh. setakat pegi tempat keje tu ok lagi, tapi kalau nak jalan2 naik motor,kena pikir 2,3 kali gak. diaorang ni macam tak sayang nyawa kalau kat jalan. setakat tengok motor mencilok2 adalah perkara biasa di mana2 jalan raya kat malaysia ni, tapi kat sini, bukan setakat motor dan kereta malah juga lori trellar yang angkut 2 kontenna tu,, sebab tu bayak bahu jalan kat sini hancur sebab dicilok oleh driver yang tak sayang nyawa. kalau dia sorang yang mati takpe, ni kita yang tak bersalah pun silap2 jalan juga.bukan setakat yang berkenderaan yang kurang hajo, yang jalan kaki pun sama jugak.ada satu spot kat kat highway pasir gudang tu, memang favorite orang mati kat situ.sebab kena gelek masa nak lintas jalan. dah la tempat tu gelap, kalau bawak kereta malam2, tiba2 kan korang nampak ada orang lari depan korang lintas jalan.walaupun dah ramai menemui ajal, tapi orang masih tak serik.ai…memang betul2 tak paham la diorang ni. kalau ye pun nak cepat dan senang, sayang la nyawa tu.aku ada beberapa teori kenapa pemandu kat sini terlebih skill kat jalan.
1) diaorang ni asalnya mat rempit, tak sedar diorang dah berevolusi bawak kereta atau trellar. tu yang keje asik nak mencilok sampai membahayakan orang lain. yelah dulu masa bawak motor, kecik je dah biasa mencilok. bila bawak lori pun nak mencilok jugak
2) diorang tersaiko ngan pemandu dari negara jiran yang memang terkenal ngan kurang hajo nye lebih2 lagi kat highway.asik nak meng hi-beam orang je..bila asik tensen ngan pemandu jiran ni, diorang pun lama terikut2 dan berlawan sapa lagi kurang hajo
3) dah menjadi culture kat sini utk modified kereta. daripada kancik yang dijek belakangnye menjadi kancil tonggek, sampaila perdana v6 yang dah jadi cam badut sarkas.. so bila dah modified kereta, kena la bawak laju2 sebab perasan jadi kereta race.
aku minta maaf kalau ada yang tersinggung tapi itu cuma pendapat aku yang mungkin betul mungkin salah. terpulangla kepada penilaian individu.
hmm sejak dua menjak ni, famili aku dah gatal mulut tanya pasal partner,, bab ni yang lemah sikit ni.. sebab lom jumpa lagi..hahaha takkan nak pakai tangkap muat je. yelah life partner kena la carik betul2 kan.. samala mcam mencari kawan.. kadang2 kita tak sangka kawan yang kita anggap kawan baik kita, kita tolong dia macam2, sanggup menikam dari belakang.. kekadang ilmu yang tinggi pun tak menjamin seseorang tu jadi seorang sahabat yang baik, nampak seqah tapi belakang kita cuma Allah yang tau..tu semua lumrah hidup yang tak dapat nak elak..so apatah la cam life partner ni.kita nak share semua yang kita ada di dunia ni dengan dia. happy,sorrow,up,down, segala2nya..memang hajat di hati nak settle awal sebab aku tak mau nanti umur dah 50, anak kecik2 lagi lom habis sekolah. umur masa tu aku nak rehat main2 ngan cucu je, tak mau pikir dah struggle carik nafkah untuk family. itulah masa aku nak tuai balik hasil keje masa muda. aku tengok ramai yang umur dah lanjut, tapi anak kecik2 lagi dah terpaksa kerja untuk tampung persekolahan anak..yelah rezeki Allah yang bagi, tapi Dia dah janji takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum tu tak mengubahnye sendiri. harapan aku utk membina keluarga awal, usaha keras, perancangan kewangan yang bijak, insya Allah, umur 50 dah tak payah kerja.amin =)
setakat tu coretan aku kali ni, harap diberi umur yang panjang, rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat agar dapat kita berjumpa lagi .wallahua’lam